Header Ads

'UMNO Tak Boleh Ada Dalam PH' - PM


PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak sebarang penyertaan dan kerjasama UMNO dalam Pakatan Harapan (PH).

Memetik laporan Harian Metro, Dr Mahathir berkata, parti UMNO itu sendiri belum tentu sah atau tidak.

Loading...


"Parti UMNO tidak boleh ada dalam PH," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Ditanya lanjut adakah UMNO kini berdepan isu pembatalan sekiranya siasatan dilakukan terhadap pendaftaran parti itu, Dr Mahathir berkata, proses itu terserah kepada mahkamah untuk memutuskannya.

"Malah, ia juga terserah kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menentukan status pendaftaran UMNO," katanya.

No comments

Loading...