Header Ads

Tun Mahathir Jadi Menteri Pelajaran, Wan Azizah Dilantik Sebagai Menteri Pembangunan Wanita


17 Mei - Selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat buat pertama kali, satu sidang media telah diadakan dan Tun mahathir mempengerusikan sidang media ini dengan memulakan dengan pengumuman bahawa Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang telah didaftarkan secara sah.


Loading...

Dalam sidang media ini juga, Tun M juga mengatakan beliau akan mengisi satu lagi portfolio sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga akan mengisi dua portfolio sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tun M juga menjangkakan kesemua menteri yang telah dilantik akan mengangkat sumpah pada Isnin bergantung kepada persetujuan dari Istana.

Maknanya disini hanya 7 portfolio telah dilantik oleh Tun M dan akan melengkapkan 13 portfolio sebelum Isnin untuk semuanya mengangkat sumpah.

- Siakap Keli

No comments

Loading...