Header Ads

Loading...

Tragedi panjat palang


REMAJA lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dari Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching, Kuching, pagi ini.

Mangsa berusia 14 tahun itu dilihat terjatuh dari kawasan tengah jambatan 8 pagi sebelum kejadian dimaklumkan kepada pasukan bomba.

Loading...

Komander Operasi Mohammad Mirza Dzalmira Miraj berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam 8.29 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan terjatuh dari jambatan berkenaan dipercayai tergelincir ketika memanjat palang.

Katanya, rakan mangsa yang bersamanya di jambatan itu kemudian bergegas memaklumkan kejadian kepada orang awam untuk tindakan lanjut.


"Sejurus menerima maklumat, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan sebelum menjalankan pencarian permukaan di sekitar jambatan.

"Mangsa kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri di kawasan bawah jambatan sebelum dibawa ke tebing untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pasukan perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) yang dipanggil mengesahkan kematian remaja terbabit.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke HUS bagi bedah siasat.

-mymetro

No comments

Loading...