Header Ads

Loading...

Terpulang Kepada Polis Bila Nak Mula Siasat Najib


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kuasa penuh kepada polis untuk menentukan bila siasatan boleh dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah laku 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya sebaliknya bertindak mengikut undang-undang.

“Itu terpulang kepada polis untuk ambil tindakan undang-undang. Saya tidak buat siasatan. Kalau ada laporan polis, baru siasatan dilakukan terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah.

Loading...


“Bukan hanya pada Najib, semua orang juga begitu. Kalau ada bukti mencukupi, ada laporan, kita akan siasat. Kita akan ikut undang-undang,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir menjelaskan laporan audit 1MDB bukan lagi tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), lapor Sinar Harian.

Polis juga sudah diarahkan menyiasat laporan itu dan perlu menyerahkan hasil siasatan untuk penelitian Dr Mahathir.

Selepas BN tewas dalam PRU14 lalu, Najib dan isteri, Rosmah Mansor turut disenarai hitam daripada meninggalkan negara.

No comments

Loading...