Header Ads

Loading...

Sebuah Lori Angkut Barang Keluar Dari Rumah Najib


KUALA LUMPUR: Sebuah lori dilihat memasuki kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, petang ini.

Lori yang tiba pada 6.05 petang itu, meninggalkan kediaman berkenaan kira-kira 15 minit kemudian.

Wartawan menyaksikan ada barang diangkut ke lori itu, namun tidak dapat dipastikan apa yang dibawa keluar, lapor FMT.


Loading...

Kediaman Najib dan kawasan sekitarnya dikawal ketat kira-kira 3 anggota polis dan setiap kenderaan yang keluar masuk perlu melalui pemeriksaan mereka.

Terdahulu, bekas naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan keluar dari rumah Najib pada 5.45 petang tadi.

“Saya hanya datang atas kapasiti peribadi. Ini kali pertama saya hadir ke rumah Najib, kami berbual agak lama dalam setengah jam. Saya minta dia bersabar.

“Tidak ada isu khusus yang dibincangkan, juga tidak ada isu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada wartawan yang menunggu di kawasan perumahan Najib, hari ini.

No comments

Loading...