Header Ads

Loading...

Sah! Anwar Kini Bebas


KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras 11.33 pagi dengan berpakaian lounge suit dipercayai menuju ke Istana Negara.

Sementara itu Istana Negara memaklumkan, Anwar diberi dan dibenarkan pembebasan serta merta berkuat kuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Labuan dan Wilayah, lapor Harian Metro.

Tarikh16 Mei 2018 menjadi detik bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan selepas mendapat pengampunan daripada Yang Di-pertuan Agong hari ini.

Loading...


Memetik laporan mStar Online, proses pembebasan Ketua Umum PKR itu dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.


Anwar meninggalkan perkarangan hospital tanpa memberikan sebarang komen kepada media.

Beliau dengan tersenyum hanya melambai-lambai ke arah wakil media dan penyokongnya yang memenuhi pekarangan hospital berkenaan sebelum ke Istana Negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berada di Istana Negara untuk terlibat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang berlangsung pada pukul 11 pagi.



Menurut Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil berkata, Anwar akan pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Beliau akan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Turut kelihatan di perkarangan hospital adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Anwar dijangka pulang ke kediaman beliau di Bukit Segambut dan akan mengadakan sidang media sekitar pukul 4 petang.

Menurut Fahmi lagi, Anwar akan bersolat tarawih di kediaman beliau di Bukit Segambut, Kuala Lumpur malam ini.

Beliau kemudian akan ke Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Diraja bersidang pada pukul 11 pagi tadi berhubung permohonan bagi mendapatkan pengampunan diraja kepada Anwar.



Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

No comments

Loading...