Header Ads

ROS Akhirnya Luluskan Pendaftaran HARAPAN


Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akhirnya meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai gabungan politik yang sah.

Terdahulu, gambar sijil pendaftaran seumpamanya tersebar di media sosial.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha Agung HARAPAN Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan dokumen berkenaan.


Loading...

Keputusan Pengarah ROS Suryatai Ibrahim meluluskan pendaftaran berkenaan adalah selepas seminggu HARAPAN menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dalam PRU pada 9 Mei itu, komponen parti HARAPAN yang terdiri daripada PKR, DAP, BERSATU, dan AMANAH terpaksa bertanding menggunakan logo PKR kerana HARAPAN gagal didaftarkan.

Malaysiakini

No comments

Loading...