Header Ads

Loading...

Rakan Najib Persoal Tindakan Polis


KUALA LUMPUR: Rakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan polis yang mengambi masa lama dalam menjalankan proses penggeledahan di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta di sini sejak semalam.

Abdul Rahman Abdul Rahim, 65, berkata, beliau sepatutnya menziarahi bekas Presiden UMNO di rumah itu namun dihalang oleh anggota polis yang bertugas.

Loading...


“Jadi saya ingin bertanya dengan pihak polis berapa masa lagi akan diambil dalam menjalankan siasatan kerana proses itu telah bermula sejak semalam.

“Saya datang untuk menziarahi beliau, itu sahaja. Dengan keadaan seperti ini saya melihat adakah Najib ini seolah-olah menjadi tahanan politik dalam rumah oleh Tun Dr. Mahathir?,” katanya di sini hari ini.

Semalam, sepasukan polis dengan menaiki lebih daripada 10 buah kereta berserta sebuah trak tiba di rumah Najib kira-kira pukul 10.15 malam tadi.

Kediaman Najib kemudiannya digeladah kira-kira 30 minit selepas beliau pulang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru di sini semalam.

- UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...