Header Ads

Loading...

PPBM Perak Tolak Jamaluddin Radzi


IPOH –  Permohonan keahlian bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam Bersatu ditolak.

Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil maklum semua asas kukuh termasuk rundingan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri, lapor Sinar Harian.

“Permohonan beliau untuk menyertai Bersatu telah ditolak tanpa rundingan, keputusan ini diambil atas prinsip bahawa setiap kemasukan sesiapa sahaja dalam Pakatan Harapan khususnya di Perak akan dibawa untuk pertimbangan yang tegas.



“Ini kita lakukan agar segala episod duka rakyat tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, beberapa pimpinan Umno Negeri diketuai Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin umum letak jawatan dan isytihar menyertai Bersatu.

Turut menyerahkan borang keahlian adalah Jamaluddin yang mendapat pelbagai reaksi ahli dan pimpinan Harapan selepas dikaitkan dengan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009 lalu.

Jamaluddin pada 2008 menang di Dun Behrang atas tiket PKR, namun dalam krisis politik

Perak 2009, beliau bersama Adun Changkat Jering, Osman Mohd Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Fong bertindak mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas dan menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan baharu di Perak.


Loading...
Ahmad Faizal yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak, Sabtu lalu berkata, Kerajaan Pakatan Harapan akan tetap mempertahankan prinsip bahawa kemasukan kalangan pimpinan Umno yang beralih sokongan ke parti itu terutama Bersatu, tidak menjejaskan pentadbiran politik negeri.

“Kita meraikan sokongan yang diberikan, penyertaan mana-mana individu tidak menjadi asas kepada sebarang bentuk penawaran jawatan mahupun tempat dalam setiap posisi pentadbiran politik di Negeri Perak,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Keadilan Perak, Siti Aishah Shaik Ismail dalam atau sidang media berkata, pihaknya memandang serius setiap perkara agar ia tidak membantutkan usaha baik kerajaan negeri.

“Kita meraikan penyertaan mana-mana pihak akan tetapi tapisan kepada penyertaan ini sebaiknya dibuat dengan merujuk kepada Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri.

“Mereka yang ada kaitan dengan sejarah hitam tidak perlulah untuk diambil semula, kita tidak mahu sejarah 11 bulan (kerajaan Pakatan Rakyat) berulang lagi,” katanya.

No comments

Loading...