Header Ads

PPBM: MB Silap, Semua DUN Dapat Bajet Johor


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kerajaan negeri Johor di bawah Pakatan Harapan (PH) akan  tetap memberikan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan pembangkang di negeri itu, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui pejabat-pejabat daerah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Muhyiddin berkata perkara berkenaan adalah antara dasar PH dengan bersikap bertanggungjawab dan membantu sesuatu kawasan yang mundur.


Loading...

“Kita kena bantu termasuk rakyat yang menetap di kawasan pembangkang dan itu adalah menjadi keutamaan PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi di Cheras dekat sini semalam.

Beliau membetulkan kenyataan Menteri Besar Johor yang baharu dilantik Datuk Osman Sapian bahawa kerajaan PH tidak akan memberi sebarang peruntukan kepada kepada Adun pembangkang di negeri itu.

“Saya telah maklumkan perkara ini pada Osman, mungkin pasal beliau baru lagi menjadi Menteri Besar maka kita bagi dia masa untuk menyesuaikan diri.

“Sekarang ini pilihan raya telah selesai, rakyat sudah buat keputusan memilih kerajaan.

“Oleh itu, kerajaan PH harus mengambil kira pandangan semua pihak tanpa mengira perbezaan ideologi atau latar belakang kaum,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhyiddin berkata perkara itu sedang diselesaikan di peringkat kerajaan PH.

“Saya difahamkan beliau (Anwar) akan dibebaskan tidak lama lagi dan perkara ini akan dibawa ke peringkat mesyuarat jemaah menteri,” katanya. — Bernama

No comments

Loading...