Header Ads

Loading...

Polis Pantau Pejabat SKMM

CYBERJAYA - Semua kenderaan yang keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini diperiksa polis bagi memastikan tiada sebarang dokumen dibawa keluar.

Jurucakap SKMM berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan agar tiada sebarang dokumen milik kerajaan boleh dibawa keluar dari mana-mana kementerian atau agensi dibawahnya.

Menurutnya, operasi SKMM setakat ini berjalan seperti biasa.

Loading...


"Buat masa ini tiada dokumen yang dibawa keluar,” katanya.

Difahamkan, sekatan telah dibuat bagi memeriksa semua kenderaan berkenaan sejak dari jam 11 pagi tadi.

Semalam, sepasukan pegawai polis hadir ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya bagi mengambil beberapa dokumen berkaitan kes berprofil tinggi yang disiasat agensi berkenaan.

Menurut sumber, pasukan penyiasat itu turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta diiringi oleh Peguam cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

- Sinar Harian

No comments

Loading...