Header Ads

PM Terima Sijil Pendaftaran PH Secara Rasmi Sebagai Gabungan Sah


Setelah menunggu sekian lama, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini akhirnya menerima sijil pendaftaran Pakatan Harapan (Harapan). Kini Pakatan Harapan (Harapan) disahkan secara rasmi sebagai sebuah gabungan politik yang sah di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan, menerima sijil pendaftaran tersebut daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Loading...


Penyerahan sijil pendaftaran tersebut telah disahkan melalui satu status dan juga beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook milik Harapan sebentar tadi.


“Keputusan tersebut telah dicapai setelah pertimbangan ke atas maklumat-maklumat yang dikemukakan oleh pihak PPBM yang diterima oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Oleh demikian, pihak PPBM dan Pakatan Harapan boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut kehendak Akta 335,” kata Alwi.

Turut hadir pemimpin tertinggi empat parti yang terlibat dalam gabungan tersebut iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Sebelum ini pada PRU14, Harapan telah cuba untuk mendaftarkan gabungan ini agar dapat bertanding dalam PRU14 menggunakan satu logo Harapan.

Bagaimanapun, permohonan mereka ditolak dengan alasan terdapat masalah dalam Bersatu dan DAP.


Semalam Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden PH berkata pakatan tersebut akhirnya telah diluluskan sebagai sebuah parti gabungan empat parti yang sah setelah permohonan itu diluluskan oleh ROS.

PH adalah gabungan parti politik yang terdiri daripada 4 buah parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM. - Malaysian Update

No comments

Loading...