Header Ads

PM Tak Setuju Lelaki Hina Beliau Ditahan Polis


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan penahanan seorang lelaki yang didakwa menghinanya di laman Facebook.

Mahathir dalam Twitternya berkata, tindakan polis terhadap lelaki terbabit tidak wajar, lapor Sinar Harian.

"Saya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya.

Loading...


"Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak," tulisnya.


Semalam, polis menahan seorang lelaki di Langkawi kerana menghina Mahathir di laman Facebook.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Ibu pejabat Polis daerah Langkawi, individu berkenaan didakwa membuat kenyataan penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam.

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan ditahan semalam, susulan laporan polis yang dibuat wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 15 Mei lalu.

Kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta SKMM dan suspek direman sehingga 20 Mei depan.

No comments

Loading...