Header Ads

PM Pengerusikan Mesyuarat Dengan KSN


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), 9.10 pagi tadi bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha kementerian-kementerian.

Difahamkan, mesyuarat tertutup berkenaan akan membincangkan pelaksanaan 10 janji kerajaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, lapor Harian Metro.

Loading...
Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi berkumpul di luar perkarangan YKP sejak 8 pagi tadi.

Buat masa ini, pengamal media yang hadir belum menerima apa-apa arahan untuk masuk ke bangunan berkenaan.

No comments

Loading...