Header Ads

PM Pengerusi Mesyuarat Kabinet Pertama

Foto: Berita Harian

PUTRAJAYA: Beberapa kenderaan yang membawa Menteri Kabinet dilihat mula memasuki Bangunan Perdana Putra kira-kira jam 8.20 pagi ini.

Menerut laporan BH Online, kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memasuki Bangunan Perdana Putra pada jam 8.25 pagi ini.

Dr Mahathir tiba bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.


Loading...

Antara agenda yang dijangka dibincangkan pada mesyuarat berkenaan adalah beberapa penambahbaikan kepada dasar sedia ada selain isu mengenai kajian semula projek di bawah kerajaan terdahulu dan manifesto Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Harapan dengan pimpinan Dr Mahathir diyakini akan mencapai kejayaan untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan negara.

No comments


Loading...