Header Ads

PM Pegang Dua Jawatan Tidak Bercanggah Manifesto PH - Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang memegang portfolio menteri bukanlah satu percanggahan terhadap manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

"Saya fikir ia tidak bertentangan (dengan manifesto). Pada pemahaman saya, Perdana Menteri bukan satu portfolio," katanya.

Loading...

Pada Khamis, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan dirinya sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

"Perdana Menteri secara amnya menguruskan negara, begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan portfolio," kata Anwar kepada akhbar The Star.


Sebahagian daripada Janji 12 dalam manifesto Pakatan Harapan menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama Menteri Kewangan.

Sementara itu, diminta mengulas perkara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, isu ini akan dibincangkan bersama pimpinan tertinggi PH dalam tempoh terdekat.

"Saya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi kepemimpinan PH. Seingat saya, manifesto yang kami setuju bersama sebelum ini membabitkan Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio kewangan.

"Saya akan semak semula manifesto PH. Kepemimpinan PH akan berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini," beliau dipetik berkata.


Pada April, Majlis Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan bersama berkata Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama jawatan Menteri Kewangan sekiranya PH menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

- Astro Awani

No comments

Loading...