Header Ads

Loading...

Pilot tersedut

KAPAL terbang berkenaan masih dalam siasatan. Gambar kecil, keadaan tingkap kokpit yang pecah - Agensi

Shanghai: Pembantu juruterbang penerbangan Sichuan Airlines yang terpaksa mendarat kecemasan, kelmarin disedut keluar separuh badannya daripada pesawat itu selepas cermin depan kokpit pecah, lapor media tempatan yang memetik kapten kapal terbang berkenaan.

Loading...

Kapten Liu Chuanjian dipuji sebagai wira di media sosial selepas berjaya mendaratkan Airbus A319 secara manual memberitahu Chengdu Economic Daily, pesawatnya baru sampai ke altitud jajap 9,800 meter apabila tiba-tiba terdengar letupan kuat di kokpit.

Kokpit kemudian hilang tekanan manakala suhu jatuh mendadak dan dia terkejut melihat cermin depan sebelah kanan sudah hilang.

“Tiada amaran langsung. Tiba-tiba cermin depan retak dan meletup. Pembantu juruterbang pula disedut keluar separuh badannya melalui tingkap.


“Semua benda di dalam kokpit terapung. Kebanyakan peralatan tidak berfungsi dan saya tidak dapat mendengar radio.

“Saya juga tidak dapat membaca semua meter,” katanya.

Menurutnya, dia menarik masuk pembantu juruterbangnya yang memakai tali pinggang keselamatan.

Pentadbiran Penerbangan Awam China berkata, pembantu juruterbang itu cuma mengalami calar dan terseliuh pergelangan tangan manakala seorang lagi anak kapal juga cedera.

Bagaimanapun, 119 penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan.

Siasatan masih dilakukan terhadap kejadian yang berlaku ketika anak kapal menghidangkan sarapan.

Pesawat ketika itu dalam perjalanan dari Chongqing ke Lhasa, Tibet sebelum mendarat kecemasan di Chengdu.

-my metro

No comments

Loading...