Header Ads

Loading...

'Nama Tok Mat sentiasa di hati'


KEPRIHATINAN bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap mangsa kemalangan di Jalan Sungai Gadut, Rantau, semalam tular di media sosial.

Loading...

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat apabila memberhentikan kenderaan dinaiki dan bertanyakan keadaan mangsa ketika melalui lokasi kemalangan itu.

Seorang netizen, Hafidz Zakhwan memberi komen, dia kagum dengan sikap keprihatinan Tok Mat yang sentiasa dekat dengan masyarakat.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu sedia mengenepikan protokol apabila berdepan dengan masyarakat sama ada ketika menjawat jawatan tertinggi negeri atau selepasnya.


“Pada 2015 lalu, ketika arwah bapa mentua saya meninggal dunia, beliau turut menziarahi jenazah di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).

“Caranya yang tidak terlalu protokol membuatkan ramai kagum dan senang dengan beliau,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kemalangan pada 7 malam berkenaan membabitkan tiga kenderaan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Waja dipandu wanita berusia 34 tahun dari arah Senawang ke Rantau hilang kawalan lalu memasuki ke laluan bertetangan.

“Akibat kejadian, kereta itu merempuh sebuah Proton Gen2 dan Mercedez Benz menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan ringan lalu dihantar ke HTJ untuk rawatan.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

-mymetro

No comments

Loading...