Header Ads

Mukhriz Minta Maaf


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta maaf bagi pihak admin Mukhriz Mahathir FC yang dikatakan salah muat naik posting mengenai berita sumbangan USB 1 bilion dari Sultan Brunei.

Beliau kesal dengan perkara itu dan berharap kesilapan itu tidak akan berlaku lagi.

“Saya minta maaf atas posting tersebut, ianya tidak sepatutnya berlaku.

Loading...


“Posting  itu gunakan sumber yang tidak dapat disahkan , perkara itu tidak akan berlaku, insyaALLAH,” katanya, dalam sidang media selepas ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat  dan Kesyukuran Parlimen Jerlun di Pusat Kegiatan Masyarakat (Kemas) Jerlun, Alor Biak, di sini, tadi .

Sebelum itu, dalam page Mukhriz Mahathir FC itu memohon maaf mengenai cerita mengenai sumbangan USD 1 bilion dari Sultan Brunei adalah tidak benar dan mengakui kesilapan dari pihak admin.

Semalam, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, tiba di di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baginda tiba 11.43 pagi dengan memandu sendiri kereta Mercedes serta diiringi rombongannya. Turut bersama baginda di dalam kenderaan itu Putera Abdul Mateen.

Difahamkan, ketibaan Sultan Brunei menjadikan kunjungan pertama pemimpin negara luar selepas Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Susulan pertemuan itu, gambar-gambar pertemuan ditular dalam media sosial kononnya dalam lawatan Sultan Brunei, beliau memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara tanpa perlu dibayar balik.

- Sinar Harian

No comments

Loading...