Header Ads

Loading...

Maut kereta sondol bangsal


Kota Bharu: Seorang ejen insurans maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah bangsal di Jalan Tawang berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tawang, Bachok, di sini semalam.

Loading...

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa, Muhamad Adli Sidi Ahmad, 39, maut di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mangsa yang memandu kereta Honda Jazz seorang diri dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Tawang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu kawasan selekoh, kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas.


“Kenderaan mangsa kemudian melanggar sebuah bangsal yang berada di kiri jalan yang menyebabkan keretanya rosak di bahagian hadapan.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu yang berasal dari Kampung Lubok Kuin, Gunong mengalami cedera parah di kepala.

“Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-my metro

No comments

Loading...