Header Ads

Loading...

Masih Ramai ‘Datuk-Datuk’ Lawat Najib


KUALA LUMPUR - Kira-kira 20 individu kelihatan melawat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, seawal jam 9.15 pagi, hari ini.

Difahamkan, mereka antara beberapa individu berpangkat Datuk namun bukan kalangan pimpinan tertinggi Umno.

Loading...


Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, setakat ini semuanya terkawal dan pihaknya komited berjaga keadaan sehingga semuanya selesai.

"Keadaan ketika ini baik-baik sahaja dan dilaporkan mereka yang datang hanya kalangan orang politik sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, polis mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas presiden Umno itu bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.

Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam kelmarin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, empat anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditempatkan di luar kediaman terbabit.

- Sinar Harian

No comments

Loading...