Header Ads

Khalid Sedia Disiasat Isu 1MDB


BEKAS ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia disiasat berhubung skandal 1MDB.

Memetik laporan NST, Khalid memgetahui nama beliau bersama Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali disebut antara individu yang mungkin disiasat oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mengenai isu 1MDB.

"Saya masih bertugas dan saya bersedia menawarkan kerjasama penuh saya mengenai sebarang isu, termasuk sebarang proses penyiasatan  melibatkan saya," katanya dipetik dari NST.

Loading...


Bagaimanapun, Khalid  enggan mengulas lanjut mengenai sebarang tindakan selanjutnya serta mendakwa tidak mengetahui sekiranya ada sekatan perjalanan untuk beliau keluar negara.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Khalid dan  Apandi  antara senarai invidu yang akan disiasat berhubung peranan  mereka dalam siasatan skandal  1MDB.

Khalid, 61,  dilantik sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Sdn Bhd hujung tahun lalu selepas bersara sebagai ketua polis negara pada September lalu.

- Sinar Harian

No comments

Loading...