Header Ads

Kereta Polis Dilapor Memasuki Kediaman Najib Razak


Lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria dilihat di luar rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Difahamkan sepasukan anggota polis kini berada di dalam rumah Najib. Media dihalang menghampiri rumah berkenaan.

Loading...

Dipercayai antara pegawai polis yang hadir adalah daripada jabatan jenayah komersial persekutuan.
Kira-kira 11 malam, seorang individu yang mendakwa sebagai peguam Najib dilihat memasuki rumah itu tapi beliau enggan memperkenalkan diri.
Kira-kira 20 minit kemudian, setiausaha akhbar bekas perdana menteri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad turut tiba.


 - Malaysiakini

No comments

Loading...