Header Ads

Loading...

Kenapa nak bawa peluru naik pesawat?


JURUTERA ditahan selepas didapati memiliki satu peluru hidup di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5.55 petang itu, lelaki berusia 23 tahun terbabit ditahan selepas pihak berkuasa menemui peluru berkenaan sebaik pemeriksaan beg di pintu masuk.

Loading...

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga polis bantuan KKIA yang bertugas di bahagian pemeriksaan bagasi.

Katanya, polis itu memberitahu mereka menahan seorang penumpang kerana didapati memiliki satu butir peluru hidup dalam beg pakaiannya.

"Pengadu membuat imbasan terhadap satu beg milik suspek yang mahu berlepas ke Johor. Ketika proses imbasan dilakukan, pengadu mengesan suatu objek dalam beg menyerupai peluru hidup," katanya ketika dihubungi.


Chandra berkata, pengadu meminta bantuan rakan sekerjanya untuk memeriksa semula beg itu secara manual dan mengarahkan suspek mengeluarkan semua barangannya.

"Selepas semua pakaian dikeluarkan, suspek sudah mengeluarkan peluru hidup itu dan menyerahkannya kepada pengadu," katanya.

Hasil siasatan lanjut, Chandra berkata, suspek mendakwa tidak tahu mengenai peluru itu.

"Suspek menafikan bahawa peluru itu adalah miliknya dan dia sebenarnya mahu berlepas ke Johor kerana bekerja di negeri itu. Suspek pulang ke Sabah pada 8 Mei lalu kerana mahu mengundi," katanya.

Sehubungan itu, Chandra berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960," katanya.

-my metro

No comments

Loading...