Header Ads

Hanya Ringkasan Laporan 1MDB Dimuat Naik Atas Talian


Hanya Ringkasan Eksekutif Laporan Pengauditan 1MDB yang telah dimuat naik di portal dan Facebook Jabatan Audit Negara (JAN).

JAN dalam satu kenyataan menjelaskan terdapat pelbagai versi laporan palsu pengauditan 1MDB telah tersebar luas di laman sosial termasuk yang mengandungi 386 muka surat atau 68 muka surat tanpa muka hadapan.

"Pada ketika ini, Laporan Pengauditan 1MDB tidak dimuat naik di portal atau Facebook JAN,” kata kenyataan itu.

Loading...


Semalam, dalam satu kenyataan, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata Laporan Pengauditan 1MDB telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka.

Madinah berkata Laporan Pengauditan 1MDB dikelaskan sebagai “Rahsia” pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata beliau telah mengarahkan supaya status “rahsia” laporan 1MDB yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) digugurkan.

- Bernama

No comments

Loading...