Header Ads

Gani Patail, Madinah Antara Individu Yang Dipanggil PM


Setengah jam kemudian, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilihat memasuki YKP untuk bertemu Perdana Menteri.

Sejurus selepas itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memasuki premis itu dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Muhyiddin yang dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri beredar dua jam kemudian, lapor Harian Metro.

Muhyiddin yang ditemui media memaklumkan pertemuannya dengan Perdana Menteri bagi menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen PPBM untuk pertimbangan dilantik dalam barisan Jemaah Menteri.



Pada sebelah petang, kira-kira jam 2.30 petang, anak Perdana Menteri Tan Sri Mokhzani memasuki yayasan itu. Turut bersama beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Kencana, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Dalam pada itu, kira-kira jam 2.42 petang, Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat memasuki bangunan berkenaan.

Setengah jam kemudian, sebuah kenderaan membawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun diikuti Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh selang 10 minit kemudian.


Loading...
Turut memasuki YKP adalah bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador iaitu antara individu yang lantang mengkritik kerajaan dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketika ditemui media, Abdul Hamid enggan mengulas sebelum beredar.

Selain itu, Presiden Kehormat Persatuan Hokkien, Tan Sri Tee Hock Seng turut dilihat memasuki YKP kira-kira jam 4 petang.

Sementara itu, media turut dimaklumkan satu sidang media oleh Dr Mahathir akan diadakan di YKP, kira-kira jam 2.30 petang ini.

Media dan orang ramai pastinya menantikan beberapa pengumuman penting oleh Perdana Menteri termasuk pengumuman barisan Jemaah Menteri dan beberapa isu berkaitan termasuk sidang Lembaga Pengampunan Diraja untuk membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments

Loading...