Header Ads

Loading...

Bincang Ganti Dzulkifli? Abu Kassim Ke Pejabat Mahathir


PUTRAJAYA, 17 Mei ― Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat masuk ke pejabat perdana menteri pagi ini.

Tan Sri Abu Kassim Mohamed tiba Yayasan Kepimpinan Perdana di sini jam 8.30 pagi, dipercayai berbincang calon pengganti bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Kosmo.

Loading...


Abu Kassim adalah calon yang disebut-sebut memegang jawatan itu, selain bekas timbalan ketua pesuruhjaya (operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan timbalan ketua kesuruhjaya (operasi) Datuk Seri Azam Baki.

Menamatkan perkhidmatan dalam SPRM pada 1 Ogos 2016, Abu Kassim juga dipelawa Tun Daim Zainuddin untuk menyertai pasukan menyiasat 1MDB berikutan penglibatannya dalam siasatan kes itu sebelum ini.


- ProjekMM

No comments

Loading...