Header Ads

Loading...

Berita hadiah AS$1 bilion daripada Brunei tak benar


KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri pada Selasa menyangkal dakwaan bahawa Sultan Brunei telah memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara ini.

Loading...

"Ia tidak benar," kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri apabila ditanya mengenai perkara itu yang tular menerusi media sosial pada Selasa.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan ketua negara asing pertama mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pelantikannya di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Khamis.


Gambar-gambar pertemuan itu tular menerusi media sosial dengan kapsyen menyebut tentang 'hadiah' kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi tanpa perlu dibayar balik. - Bernama

-mstar online

No comments

Loading...