Header Ads

Loading...

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Jumpa Perdana Menteri


PUTRAJAYA 14 Mei - Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull yang mengambil keputusan untuk bersara wajib pada dua tahun lalu dilihat memasuki pejabat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau tiba secara bersendirian kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan berkod hitam sambil membawa sebuah beg berwarna hitam.


Loading...

Dua tahun lalu, negara dikejutkan dengan pengunduran Shukri dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed secara serentak ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tempat Abu Kassim digantikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad manakala tempat Shukri diambil alih Datuk Seri Azam Baki.

Bagaimanapun, difahamkan Dzulkifli telah meletakkan jawatannya dengan menyerahkan surat tersebut kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.

-UTUSAN ONLINE.

No comments

Loading...