Header Ads

Loading...

Beberapa Pemimpin DAP Jumpa PM


LIM Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan, bersama beberapa kepimpinan tertinggi DAP dilihat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), 10.08 pagi tadi.

Bersama Guan Eng dalam kenderaan yang sama adalah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, lapor Harian Metro.

Turut dilihat meninggalkan YKP adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.



Wartawan yang berada di luar perkarangan YKP cuba mendapatkan ketiga-ketiga mereka namun, mereka tidak memberhentikan kenderaan sebelum beredar meninggalkan bangunan itu.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung dalam tempoh satu jam.

Pada 10.35 pagi tadi, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilihat memasuki YKP untuk bertemu Dr Mahathir.

Loading...

No comments

Loading...