Header Ads

Batuk, muntah darah sebelum meninggal dunia


WARGA emas meninggal dunia di dalam kereta Proton Wira miliknya di hadapan Dewan Majlis Daerah Machang, hari ini.

Loading...

Dalam kejadian 3.25 petang itu, Mohamed Yusoff, 70, ditemui oleh orang awam, sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia di dalam kereta.


“Mangsa dipercayai sempat meminta tolong daripada orang awam untuk dibawa ke hospital sebelum tidak sedarkan diri.

“Sebelum itu, mangsa yang tinggal di Kampung Padang Temangan dilihat batuk dan muntah darah oleh orang awam di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di Machang, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

-mymetro

No comments

Loading...