Header Ads

Atas Arahan Bekas Bos, Bekas Pengarah Risikan SPRM Buat Laporan Terhadap Najib


PETALING JAYA: Bekas pengarah risikan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris (gambar) membuat laporan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, pagi Isnin.

Beliau membuat laporan tersebut selepas bekas majikannya berbuat demikian bagi menghalang mereka yang terlibat dalam siasatan untuk melarikan diri, lapor mStar Online.


Loading...

"Saya sebenarnya diminta oleh bos saya dulu supaya datang buat laporan dengan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksinya tak sempat lari sebelum tindakan diambil.

"Itulah antara sebab saya buat laporan," katanya ketika pemberita di luar Pejabat SPRM Kuala Lumpur, pagi Isnin.

Katanya, laporan dibuat terhadap Najib dan rakan-rakan sejenayah atau pesubahat dibuat kerana disyaki menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

"Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan (unexplained properties) dengan memuaskan," katanya.

No comments

Loading...