Header Ads

Anwar Menghadap Agong 12.30 Tengah Hari Ini


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pukul 12.30 tengah hari ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah menerima surat daripada Seri Paduka mengenai kesudian Baginda menerima menghadap Anwar di Istana Negara.

Loading...


“Pada 12.30 tenghah hari nanti saya sendiri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Anwar akan menghadap Sultan Muhammad V di Istana Negara. Ia selepas Anwar mendapat pengampunan.

“Surat telah saya terima dan kami akan bergerak pada pukul 11.30 dari sini,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

No comments

Loading...