Header Ads

Loading...

Video: CCTV Dedah Pelajar Berzina Dalam Masjid


JAWA TENGAH – Sepasang kekasih ditangkap penduduk tempatan selepas dikesan melakukan seks di dalam masjid di Salatiga, Semarang, Jumaat lalu.


Loading...

Tribun News melaporkan, pasangan terbabit disyaki pernah melakukan perkara tidak senonoh beberapa kali sebelumnya berdasarkan penemuan kondom berhampiran almari telekung di ruang solat wanita.
Susulan itu, pihak masjid At Taqwa memasang kamera keselamatan tertutup yang akhirnya berjaya merakam perbuatan tidak senonoh itu pada 9 April lalu.
Menurut merdeka.com, lelaki berusia 23 tahun dan perempuan berusia 22 tahun itu ditangkap pada 13 April lalu selepas sekali lagi kembali ke masjid berkenaan, dipercayai untuk melakukan seks lagi.
Sebelum dicekup, pasangan berkenaan dikatakan cuba melarikan diri sehingga berlaku aksi kejar mengejar dengan beberapa penduduk kampaung.
Penjaga masjid yang enggan dikenali media memberitahu pelajar lelaki itu merupakan anak kepada seseorang yang begitu dihormati penduduk kampung, malah kerap beberapa kali menjadi imam buat pelajar-pelajar lain.
“Saya sangat terkejut dengan kes ini dan pelajar lelaki itu bukanlah orang lain di kampung ini kerana ayahnya merupakan orang yang cukup terkenal,” katanya.

Sementara itu Ketua rukun tetangga Sraten, Suparn, berkata, dia pelik bagaimana pasangan terbabit tergamak melakukan perkara tidak senonoh itu di masjid yang mana menjadi tempat ibadah dan pusat kegiatan dakwah.
“Saya hairan dengan sikap pasangan muda itu yang sanggup buat perkara tak senonoh berulang kali dalam masjid yang begitu dekat dengan kampung mereka.
“Memang saya marah! Pasangan ini langsung tidak menghormati agama dan tiada tahu malu langsung,” katanya.
Sementara itu portal fajar.co.id memetik Ketua Polis Resor Semarang, Agus Nugroho mengesahkan dua individu itu kini dalam tahanan dan masih disiasat. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Loading...