Header Ads

Tun M Nafi Miliki Saham The Loaf


BUKIT KAYU HITAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang menutup perniagaannya baru-baru ini.

Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berkaitan laporan kedai roti berkenaan menutup perniagaannya selepas beroperasi selama 12 tahun.

Katanya, setakat ini beliau hanya mempunyai 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).


Loading...

"Saham terbabit dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat itu ketika menjadi perdana menteri sebelum ini," katanya, ketika ditemui selepas ceramah 'Selamatkan Felda! Selamatkan Malaysia' di Felda Bukit Tangga, di sini malam tadi.

Sebelum ini, satu notis penutupan The Loaf yang mempunyai 12 cawangan itu dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.

Ia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggannya di atas sokongan diberikan kepada mereka sepanjang 12 tahun.

- Astro Awani

No comments

Loading...