Header Ads

Tikam Kekasih Hingga Maut Kerana Cemburu


Hanya kerana cemburu teman wanita dekat dengan lain,seorang lelaki tergamak menikam kekasihnya sendiri hingga mati dalam kejadian yang berlaku petang tadi di Banjarbaru kota,Borneo kalimantan.

Mangsa dikenali sebagi Siti Mulin Ni’mah 22 tahun yang merupakan pekerja salon kecantikan ditemukan rakannya yang bekerja di Butik Nurma Collection (bagunan bersebelahan tempat kerja mangsa)

Polis Banjarbaru Kota yang kebetulan berpatroli di sekitar lokasi membuat rondaan selepas memanggil ambulan dan berjaya menangkap suspek Abdus Salam kelahiran tahun 1997.


Loading...

Dalam kejadian usaha menangkap suspek,sempat berlaku kejar mengejar hampir selama 30 menit namun akhirnya suspek berjaya ditahan atas bantuan orang awam.

Sebilah pisau panjang kurang lebih 18 Cm dengan kumpang kulit warna cokelat ditemukan yang dipercayai digunakan membunuh mangsa juga ditemukan.

Selepas melakukan siasatan suspek mengaku membunuh Siti Mulin Ni’mah dengan motif cemburu dan niat membunuh telah dirancang sehari sebelum kejadian.

Modus operandi suspek iaitu dengan menelpon mangsa terlebih dahulu mengatakan dia hendak memotong rambut dan meminta mangsa untuk keluar sebentar.

5 menit kemudian terdengar suara jeritan dari pekerja butik Nurma Collection dan mangsa ditemukan dengan berlumuran darah.

Hasil siasatan ke atas mangsa didapat 4 luka tikaman di bagian perut termasuk di bagian dada yang tembus ke jantung ,da 2 tikaman di bagian belakang yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


No comments

Loading...