Header Ads

Loading...

Tiga penuntut UiTM retak tulang, kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan

Kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan jenis Subaru.

SERI ISKANDAR - Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak cedera selepas kereta yang dinaiki bersama dua lagi rakan mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 30, Jalan Ipoh-Lumut di sini semalam.

Loading...

Dalam kejadian pada pukul 9.40 malam itu, mangsa, Ikmal Hamdi Aminuddin, 19, mengalami retak tulang punggung manakala Nor Aisyah Syuhada Laungah, 19, retak tulang jari dan Ahmad Zulhilmi Syed Abd. Zahid, 19, retak tulang belakang. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan jenis Subaru dipandu lelaki berusia 33 tahun. 

“Kejadian berlaku apabila kereta Subaru yang dipandu dari Tronoh ke Lumut menukar lorong kanan ke kiri manakala kereta dipandu pelajar tersebut sedang keluar simpang. 

“Ia menyebabkan kereta Subaru tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan Myvi itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Mohamad Zainal, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan. 


“Pemandu Subaru dan pemandu Myvi iaitu Mohamad Haziq Ismail, 19, dan penumpang hadapan kenderaan itu, Nurazuani Asmadi, 19, tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Polis telah mengambil rakaman percakapan pemandu kereta Subaru dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - K! ONLINE

No comments

Loading...