Header Ads

Terpaksa Bawa Grab Selepas Tiada ‘Job’ Setahun



SELEPAS setahun syarikat produksi miliknya tidak dapat sebarang tawaran untuk menerbitkan drama atau pun telefilem, Pengarah Urusan Enuja Production Sdn. Bhd., Zainuddin Mohd. Ismail kini terpaksa cari cara lain untuk sara rezeki.

Jelas penerbit berpengalaman itu, dia kini bekerja sebagai pemandu GrabCar dan membantu di restoran milik orang lain demi meneruskan kelangsungan hidup selepas syarikatnya tersebut kini semakin tenat.

Loading...

Sebelum ini, Enuja Production merupakan salah satu syarikat produksi yang menerbitkan pelbagai drama tempatan yang mendapat rating tinggi di televisyen namun kini buntu selepas tidak lagi menerima sebarang tawaran.

Proposal saya ditolak dengan alasan tidak sesuai walaupun saya menghantar banyak cadangan untuk penerbitan telefilem dan drama episod terbaharu,” katanya dipetik portal Astro Gempak.
Malah, jelas Zainudin, dia juga cuba pelbagai langkah untuk kembali relevan dengan menggunakan khidmat penulis skrip berbeza termasuk mereka yang ada pengalaman serta turut memberi peluang kepada penulis skrip baru.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada pihak stesen televisyen yang mahu mengambil syarikat produksinya untuk mengendalikan proses penggambaran drama atau telefilem.


“Bukan calang-calang penulis skrip yang cuba nasib menerusi proposal yang dihantar di bawah produksi saya.
“Macam tak logik apabila semua ‘proposal’ saya ditolak. Saya sendiri tidak tahu apakah alasan sebenarnya,” ujar Zainuddin.

Jelasnya, buat masa ini, Enuja Production masih wujud dan masih dia juga masih menggajikan pekerjanya walaupun terpaksa menjual kereta miliknya.
Bagaimanapun, lapor HMetro Online pula, Zainudin mengakui sekiranya situasi ini berterusan, dia tidak menolak kemungkinan akan menghentikan operasi syarikat produksinya itu.
“Kemungkinan saya akan menutup rumah produksi ini sekiranya tiada lagi tawaran menerbitkan drama. Saya kusut dan sedih mengenangkan nasib menimpa ini.
“Malah saya sekarang terpaksa bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga. Siang saya pandu GrabCar, malam pula saya terpaksa berniaga restoran milik salah seorang ahli keluarga.
“Saya harap pintu rezeki saya akan kembali terbuka dan ada pihak yang sudi membantu,” kata Zainuddin kepada akhbar tersebut.
Tambahnya, dia tidak memilih dan tiada masalah untuk mengikut kehendak stesen televisyen bagi mendapatkan sebarang tawaran kerja untuk Enuja Production namun sehingga kini tiada siapa yang mahu menggunakan khidmat syarikatnya.
Enuja Production telah bertapak dalam industri sejak 15 tahun yang lalu dan pernah menerbitkan drama-drama popular seperti Menantu Bilal, Kerana Anisadan Menantu Ting Tong.
Selain itu, syarikat tersebut juga pernah menerbitkan pelbagai telefilem yang pernah mendapat rating tinggi seperti Transit Terakhir (2017) yang mencatat sehingga 2.5 juta penonton.

No comments

Loading...