Header Ads

''Seram, Jumpa Bungkusan Kain Kapan Diisi Tanah Kubur'', Cubaan Sihir Pemisah Rumah Tangga, Ustaz Ini Kongsi Pengalaman


Walaupun hidup dalam zaman moden dan serba canggih, fenomena mengggunakan sihir demi mendapat apa yang dihajatkan semakin berleluasa. Biarpun terpaksa menggadaikan diri menjadi hamba jin dan syaitan, asalkan hati mereka puas, apa yang mahu dikisahkan. 

Selalunya sihir yang dikenakan ke atas orang lain adalah berpunca daripada perasaan iri hati, dengki, berdendam dan sebagainya dari penyihir. Ada yang tidak boleh melihat kebahagiaan rumah tangga orang lain, lantas mereka menggunakan 'cara halus' untuk memisahkan hubungan pasangan tersebut. 

Loading...


Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz di Page Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin melalui laman facebook. Pesakit yang datang menemukan bungkusan berbentuk kain di kawasan rumah, tambah menyeramkan diikat pula kain itu seperti jenazah yang mahu dikapankan. Ternyata, orang sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan hati.

Kisah ini diharap dapat dijadikan pengajaran buat semua di luar sana. Berhati-hatilah kerana kita tidak tahu niat setiap orang.
Gambar di bawah sesiapa yang melihat pasti tertanya2 benda apakah itu? Bungkusan apakah tu? Gambar di bawah adalah bungkusan kain yg di ikat seperti jenazah dikapankan.


Bila saya tanya pesakit apa ada dalam bungkusan itu?? Pesakit menjawab hanya pasir dan tanah ustaz.. Saya rasa mungkin itu tanah kubur.. 

Bungkusan di bawah pesakit sy terjumpa ketika sedang mengemas keliling rumah.. Ketika sedang mencangkul rumput, tiba2 tercangkul sesuatu, bila di korek ada 1 bungkusan. Tak jauh daripada itu terjumpa lagi 3 lagi bungkusan yang sama bentuknya..


Beliau rasa tak sedap hati dan ketakutan dgn kehadiran keempat2 bungkusan ini.. Disebabkan takut beliau datang berjumpa saya. Dari apa sy lihat ada orang yang cuba memporak perandakan keharmonian rumah tangga beliau..


Beliau mudah menjadi kerap gelisah, resah tanpa sebab, sukar tidur malam.. Syukur alhamdulillah izin Allah setelah di ruqyah jin yang menumpang dalam badan beliau dapat di keluarkan. Dunia akhir zaman kerana cemburu melihat kebahagiaan orang lain sanggup buat apa sahaja untuk merosakkan kebahagiaan orang lain.. 


Ramai tanya saya ustaz boleh tak scan dari jauh? Bagaimana nak tahu ada gangguan makhluk halus dalam tubuh badan kita?? Soalan di atas kerap di tanya pada saya.. 

Minta maaf, pertama saya tidak buat untuk sacan jarak jauh. Sebabnya saya tak nampak jauh sangat.

Jawapan soalan kedua. Bagaimana kita nak tahu dalam badan kita ada gangguan makhluk halus atau tidak adalah seperti tanda2 di bawah :

1)Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit
2)Kerap sesak nafas, sakit dada, ulu hati
3)kerap rasa resah gelisah berdebar2 tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
4)Kerap sakit kepala, makan ubat tetap sakit
5)Kerap kembung perut sedawa angin
6)Kerap rasa berdenyut2, di bawah ari2 (wanita)
7)Kitaran haid tak normal
8)Lambat mendapat zuriat
9)Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri
10)Kerap bergaduh besar walaupun perkara2 kecil
11)Ketika marah kerap meminta cerai
12)Tidak suka tidur bersama 
13)Nafsu tiada terhadap suami atau isteri
14)Tercium bau badan busuk hanyir ,nafas berbau pada tubuh suami atau isteri
15)Suka bersendiri di dalam bilik
16)Tidak suka tempat2 yg bising
17)Sukar tidur malam
18)Kerap mimpi baby,menyusu dan bermain baby
19)Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
20)Kerap mimpi pasangan kita curang
21)Perasaan curiga cemburu buta yg kuat
22)Kerap bermimpi tempat kotor busuk
23)Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
24)Bila berjauhan dgn pasangan perasan rindu syg amat2 menebal
25)Kerap teringat merindui seseorang yg tidak dikenali dan dikenali
26)Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al-Quran
27)Kerap bermimpi bersetubuh dgn org lain
28)Kerap ternampak kelibat dalam rumah

Di atas adalah serba sedikit bagi org yg terkena gangguan makhluk halus, sihir pemisah dan saka. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dgn anda, jgn sampai terlambat boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga anda, kebahagiaan family anda.

Tak berubat dgn sy pun takpe.. Cari yg paling terdekat dahulu.. Ikhtiar.. Moga Allah perkenankan untuk sembuh.. Moga di jauhkan perkara di atas berlaku pada kita dan family kita. Amin.



No comments

Loading...