Header Ads

Saya Tak Pernah Kata Orang Sabah Dan Sarawak Malas - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR : Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan mengatakan beliau menyifatkan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai malas.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, isu berkenaan hanya dimanipulasikan sesetengah pihak.

"Rakyat di Sabah dan Sarawak sudah sama seperti rakyat di Semenanjung, tiada perbezaan. Saya tidak pernah kata orang Sabah dan Sarawak ini malas.


Loading...

"Saya bukan bodoh semacam itu kerana Pakatan Harapan ingin mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak. Memanggil orang Sabah dan Sarawak malas bukanlah satu cara untuk menarik sokongan.

"Ini dakwaan yang dibuat (media arus perdana) bahawa orang Sabah Sarawak ini malas, tidak Pakatan Harapan," katanya melalui rakaman "Policy Talk" yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini.

Pakatan Harapan katanya yakin lebih ramai penduduk Sabah dan Sarawak yang berminat dalam industri gas dan petroleum berbanding orang Semenanjung.

"Di Semenanjung kadang-kadang kita terpaksa menggunakan pekerja asing untuk menjalankan kerja-kerja berat dan sebagainya. Namun, di Sabah dan Sarawak mereka menggunakan jentera berat sendiri dan mereka cekap sehingga dihantar ke luar negara," tambahnya.

Justeru beliau yakin, pendapatan penduduk di Sabah dan Sarawak akan meningkat jika mereka terus diberi peluang dan ruang dalam sektor pekerjaan.

- Astro Awani

No comments

Loading...