Header Ads

Loading...

Remaja, Ibu Tunggal Di Penjara 8 Tahun Dan 10 Sebatan


Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan ke atas seorang remaja lelaki warga asing atas kesalahan memiliki dadah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Al-Kamal Al-Baris, 18, yang mengaku bersalah pada 28 Mac lalu atas dakwaan mengikut Seksyen 39A (2)(r) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).


Loading...

Azreena turut memerintahkan ibu tunggal, Lisa Hasan, 39, yang turut didakwa bersama Al-Kamal untuk menjalani hukuman penjara lapan tahun.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam didakwa memiliki 38.49 dadah jenis Methamphetamine di Tokong Cina Lumat di Beaufort.

Seorang lagi tertuduh, Faizal Juner, 18, yang didakwa bersama mereka menafikan pertuduhan bersama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim.

Ketika rayuannya, Al-Kamal yang tidak pernah bersekolah meminta hukuman diringankan, namun Azreena memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman bermula daripada tarikh ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

No comments

Loading...