PPBM Pertaruh Samsu Adabi Lawan Ku Nan Di Putrajaya
PUTRAJAYA: Bekas pensyarah Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Samsu Adabi Mamat akan mencabar penyandang Parlimen Putrajaya 3 penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketua Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan Muhammad
Suhaimi Yahya mengumumkan nama pemimpim PPBM Cheras itu di Putrajaya malam
tadi.
Pada pilihan raya lalu, Tengku Adnan menangkis calon PAS
ketika itu, Husam Musa, dengan majoriti 5,541 undi.
Loading...
Sebelum ini Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan
akan bertanding di pusat pentadbiran negara itu.
Tengku Adnan kali ini perlu berdepan PPBM, yang merupakan
parti serpihan Umno, dan PAS.
Sementara itu, PPBM meletakkan harapan pada Ketua Wanita
Rina Harun untuk merampas Parlimen Titiwangsa daripada BN.
Penyandang Datuk Seri Johari Abdul Ghani menang tipis dengan
majoriti 886 undi pada PRU13.
Pencalonan Rina mematikan terus spekulasi kerusi itu akan
ditandingi Wan Saiful Wan Jan, bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrsi
dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan timbalan ketua biro strategi parti.
Pertarungan di 2 kerusi ini dijangka sengit.
Wilayah Persekutuan mempunyai 13 Parlimen dan PH memperuntukkan
Putrajaya dan Titiwangsa kepada PPBM.
- FMT
Post a Comment