Header Ads

Poster Palsu: Ketua UMNO Permatang Pauh Buat Laporan Polis


BUKIT MERTAJAM -- Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said  hari ini membuat laporan polis berhubung poster bantuan cermin mata pihaknya yang diubah suai menjadi bantuan pakaian dalam wanita.

Poster yang diubah suai menjadi program pemeriksaan dada secara percuma dan bentuk cermin mata diubah menjadi pakaian dalam wanita itu tular di media sosial sejak semalam.


Loading...

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah itu, Mohd Zaidi berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu memalukan kaum wanita.

 "Saya  minta polis siasat perkara ini sehingga tertangkapnya dalang di sebalik pengubahsuaian poster itu," katanya.

Menurutnya perkara itu juga menimbulkan kekeliruan banyak pihak dan meminta orang ramai tidak menyebarkan poster palsu itu kerana ia adalah berita tidak benar.

-- BERNAMA

No comments

Loading...