Header Ads

PM Tiba Untuk Lawatan Kerja Sehari Ke Kelantan



KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di bandar baharu Tunjong hari ini bagi menghadiri majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, yang merupakan antara program utama lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini.


Loading...

Najib, yang diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudiannya dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Kampung Wakaf Tok Wali di sini.
Beliau kemudiannya akan menghadiri majlis pecah tanah serentak Giat MARA Prima dan Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab di Kampung Padang Salim, Melor di sini.
Najib, yang juga Presiden UMNO, dijadual mengadakan perjumpaan tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis pelancaran Hari Wartawan Nasional 2018.
Sementara itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menghadiri Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini.


Beliau turut dijadual menghadiri Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Kota di Pengkalan Chepa di sini. – BERNAMA

No comments

Loading...