Header Ads

Pintu Kaca Apple Store Pecah Berderai Timpa Kanak-Kanak



MALANG tidak berbau. Satu tragedi menimpa seorang budak lelaki di China apabila pintu kaca di Apple Store telah pecah dan terkena padanya.


Loading...

Akibatnya kanak-kanak berusia empat tahun itu `dihujani’ dengan beratus-ratus serpihan kaca. Keadaan itu mengakibatkan dia terpaksa menerima beberapa jahitan di muka.
Ketika kejadian dia sedang bermain dengan seorang lagi budak lelaki dan mereka menolak pintu kaca di Apple Store yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah di Chengdu, China.
Ketika mereka menolak pintu kaca itu ke satu arah, ia tiba-tiba pecah dan hancur berderai.
Ibu kanak-kanak itu berlari ke arahnya dan mengangkat anaknya yang dikenali sebagai Meng Meng. Mereka kemudiannya beredar dari kedai itu.
Kejadian itu dilaporkan berlaku bulan lepas namun ia kini menjadi perhatian apabila ibunya menyaman kedai berkenaan dan menuntut wang sebanyak RM122,000.


Ibunya mendakwa Meng Meng menjadi pendiam di sekolah. Namun pengurus kedai itu memberitahu ibunya juga perlu bertanggungjawab dalam kemalangan berkenaan kerana tidak menjaga anaknya. 

No comments

Loading...