Header Ads

Loading...

Penamaan Calon 28 April, Hari Mengundi 9 Mei


Penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada 28 April manakala tarikh mengundi pula jatuh pada 9 Mei.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di ibu pejabatnya di Putrajaya sebentar tadi.


Dengan itu, tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari.

Loading...


Berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017, sebanyak 14,940, 624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong mengumumkan pembubaran parlimen pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada apa yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya.


Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru besar-besaran antara BN, Pakatan Harapan dan PAS.



No comments

Loading...