Header Ads

Pelan B Mahathir Ialah Menafikan BN Kemenangan Dua Pertiga - Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak - Foto: The Star

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari sepenuhnya bahawa PH akan dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dan oleh itu beliau akan cuba sedaya-upaya untuk menafikan Barisan Nasional kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Dr Mahathir kemudian akan memutar-belitkannya sebagai kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana isunya bukan BN memenangi pilihan raya tetapi gagal memperoleh kemenangan dua pertiga.


Loading...

"Pada masa ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan akan menderita bukan sahaja akan mengalami kekalahan dalam PRU14 tetapi kalah teruk.

"UMNO dan Barisan Nasional bersedia untuk meletakkan Mahathir dan Pakatan berada dalam keadaan menerima kenyataan pahit dengan terpaksa.

"Yang Mahathir boleh mengharapkan ialah BN tidak akan menang majoriti dua pertiga tetapi "simple majority" kira-kira 60 peratus kerusi Parlimen," kata Salleh menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata Mahathir berharap ini kemudian boleh ditonjolkan sebagai kegagalan Najib supaya dia boleh menghasut UMNO untuk menyingkirkan Najib.

"Mahathir memberitahu Pakatan mereka perlu menyelamatkan Malaysia dengan menyingkirkan UMNO dan kemudian dia memberitahu UMNO mereka perlu menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan UMNO," kata beliau.

-- BERNAMA

No comments

Loading...