Header Ads

Pas Yakin Mampu Menang 'Simple Majority'


PERMATANG PAUH: Pas yakin mampu cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-14 melalui Gagasan Sejahtera yang menggariskan 12 teras perjuangan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mampu menang sekali gus membentuk kerajaan melalui 'simple majority' bagi kerusi Parlimen.


Loading...
Abdul Hadi pada masa menegaskan parti itu akan terus istiqamah bersama Islam dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang meletakkan agama sebagai kepentingan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu parti itu turut berlapang dada bagi mendengar setiap masalah dan aspirasi rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim berkata demikian pada majlis Himpunan Jentera Negeri Pulau Pinang dan Amanat Presiden Pas di Permatang Pauh.

No comments

Loading...