Header Ads

Loading...

'Parti Warisan Bukan Sebarang Nyamuk' - Shafie Apdal


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa partinya yang dilabel sebagai 'nyamuk' bukanlah sebarang nyamuk, tetapi nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit denggi dan malaria kepada Barisan Nasional (BN).

Sindiran itu diberikan oleh Mohd Shafie selepas menyelar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap penyandang Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa Warisan tidak lebih dari parti 'nyamuk' sahaja, dalam satu majlis di ibu negeri baru-baru ini.


Loading...

Abdul Rahman turut menyifatkan tindakan tujuh Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Sepanggar yang bertindak keluar parti itu sebagai tidak menjejaskan kekuatan bahagian berkenaan.

"Saya dengar Rahman Dahlan ada cakap, parti Warisan macam parti 'nyamuk dan tiada kesan terhadap UMNO.

"Tapi kamu tahu, nyamuk kalau mengigit orang dan orang itu kena denggi, boleh mati jadinya.

"Nyamuk ini akan 'menggigit' BN, mereka akan kena denggi dengan malaria. Jadi pilih kerajaan yang boleh mewakili suara orang Sabah, jangan pilih yang tidak boleh bersuara untuk orang Sabah," katanya dalam ucapan bersempena Program Santai PDM Kampung Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.



Seramai 1,500 penyokong Warisan menghadiri majlis berkenaan yang turut menyaksikan penyerahan borang keahlian dari 150 ahli Bahagian UMNO Sepanggar yang telah bertindak keluar parti.

Sebelum ini, tujuh ahli Bahagian UMNO Sepanggar meletakkan jawatan parti bagi membantah langkah menggugurkan penyandang Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris, sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

No comments

Loading...