Header Ads

Loading...

Pakatan Pembangkang Ada Pelan Kontingensi Jika Simbol PKR Ditolak


PETALING JAYA: Pakatan Pembangkang mempunyai pelan kontingensi sekiranya penggunaan simbol PKR oleh calon parti DAP, AMANAH dan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara, ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata pakatan itu telah menggaris strategi jika kemungkinan berlaku halangan atau masalah di dalam pencalonan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

"Kami ada idea apa hendak dilakukan, tetapi tentunya kami tidak boleh beritahu anda. Jika kami beritahu, Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan tahu. Jadi ini senjata sulit kami,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Loading...


SPR menetapkan 9 Mei sebagai hari pengundian. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei.

Dr Mahathir berkata pihaknya mengambil pengalaman daripada pembubaran sementara terhadap PPBM pimpinannya pada 5 April lepas.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM, memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.

Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim berkata PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.

-BERNAMA

No comments

Loading...